Hurairah

Hurairah

Isnin, 20 April 2009

Al-Misbah 2 : Kenapa pengarang mengarang?

Kemudian menyuruh akan daku pula menghuraikan segala hukum syarak dan hukum adat dan hukum akal dan ilmu usuluddin[1] mengikut aturan ahli sunnah wal-jamaah dengan huraian yang terang yang sangat mudah memahami akan dia[2], lagi mudah bicaranya[3] dan sederhana ibaratnya[4] dan cakapannya[5] serta mendatang pula[6] dalil yang naqli[7] dan aqli[8].
Maka, dengan tuntutan itu
[9] maka aku pun memikirkan dan merenung berbulan-bulan masanya[10], tiba-tiba diilhamkan akan daku oleh Allah S.W.T[11] bahawasanya tuntutan kawan-kawanku itu adalah satu perkara yang baik yang tak patut bagiku menolak akan tuntutan itu kerana mereka itu sangat baik dengan daku. Maka aku pun terimalah tuntutan itu walau aku bukan dari ahlinya[12].

Nota Kaki :


[1] Ilmu usuluddin dikenali juga sebagai ilmu akidah, ilmu tauhid. Didalam islam terdapat 3 pembahagian utama iaitu usuluddin, furu’uddin dan ihsanuddin. Pandangan yang mengatakan ilmu usuluddin adalah ilmu yang tertinggi adalah salah, kerana dengan ilmu usuluddin inilah kita mengesahkan iman kita kepada Allah. Sekiranya tidak sah iman disisi Allah, maka masih belum dikira orang yang beriman lagi.(rujuk Tuan Guru Haji Abd.Hamid al-Fathoni)
[2] Sangat mudah untuk memahami perkara-perkara yang diterangkan tadi (Islam, Iman, Ihsan dan Hukum syarak, hukum akal, hukum adat, dan hukum wad’ie.
[3] Mudah untuk memahami ilmu tadi.
[4] Menggunakan perumpamaan yang sederhana supaya setiap lapisan masyarakat dapat memahami.
[5] Bahasa yang senang dan mudah difahami.
[6] Mengutarakan, mengetengahkan bukti.
[7] Dalil yang merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.
[8] Dalil yang dapat dibuktikan dengan pemikiran akal fikiran.
[9] Tuntutan kawan-kawannya, dan murid-muridnya yang tadi, yang meminta supaya dirinya menerangkan tentang 7 perkara tadi.
[10] Mengambil masa berbulan-bulan untuk memikirkan, mempertimbangkan permintaan kawan-kawannya untuk menulis sebuah kitab untuk menerangkan 7 perkara tersebut.
[11] Tiba-tiba Allah mengilhamkan, memberi idea.
[12] Musannif merendah diri dengan tidak mengakui bahawa dirinya merupakan ahli dalam bidang usuluddin.