Hurairah

Hurairah

Khamis, 23 Julai 2009

Kenduri Arwah : Buatlah Jika Tidak Menyusahkan Keluarga Si Mati

"Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.
Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.
Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)
Amalan membebankan keluarga si mati
Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.
Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:
"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.
Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.
Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.
"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut
Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.
Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah
Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.
Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.
Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."
"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.
"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).
Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.
"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.
"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.
Kenyataan pahit dan mengejutkan
Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.
"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya
"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi
Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.
"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan.
Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.
"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.
Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

Khamis, 9 Julai 2009

MANSUHKAN PPSMI "SEGERA"....!!!

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.

Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.
Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.
Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012.

PRK N41

Salam Alaik...
Walau apa pun isu mengenai perpaduan Melayu Islam di Malaysia galak ditimbulkan akhir – akhir ini, PAS dan UMNO tetap sebagai kawan dan lawan. Kedua – duanya adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan agama mereka sendiri, Islam, sejak negara mencapai kemerdekaan daridapa penjajahan barat yang telah berjaya memporak – perandakan kekuatan dan kejernihan akidah mereka.
Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua – duanya bersatu di dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika mereka bersatu dalam Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam. Jika mereka keluar daripada Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang membawa obor Islam. Itu sunnah Allah agar ujianNya ke atas manusia kekal berlaku dan pengasingan golongan baik daripada golongan jahat terus – menerus berjalan.
Janganlah anda melihat PAS – UMNO sebagai pertembungan nafsu politik dan duniawi semata – mata. Ia pasti meletakkan anda di satu sudut yang menyukarkan dan memeningkan anda sendiri untuk memahami bagaimana ulama – ulama besar tanah air berjuang dan beristiqamah mempertahankan perjuangan PAS di masa susah atau senang.
PAS dan UMNO boleh bersatu, tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan oleh Tan Sri Harussani. Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik umat Melayu tertentu.
Dalam amalan demokrasi negara, pilihan raya adalah kemuncak perang ideologi semua parti politik yang terlibat. Itulah saat emas untuk setiap parti turun serapat dan sedekatnya kepada rakyat, menerang dasar dan menjawab setiap isu yang berbangkit. Justeru pilihan raya adalah panas di mana – mana.
PRK N41 Manek Urai sedang berlangsung di Kelantan, negeri Universiti Politik Terbuka Malaysia. Kita terpaksa menuruti takdir dan ketentuanNya bahawa penggal ini adalah penggal pilihan raya kecil yang paling acap dan berentetan berlaku dari satu negeri ke satu negeri. BN gagal menurutinya apabila enggan bertarung di Penanti dengan alasan paling rapuh pernah dikemukakan oleh mana – mana parti politik tanah air.
Biarlah politik terus berkocak. Ia mengocak kepala rakyat untuk berfikir lebih ligat dan cerdik. Politik mematangkan kehidupan manusia untuk menambah ilmu dan bertanggung jawab atas diri dan sekeliling. Tiada rugi UMNO dan PAS terus bertarung. Rugi adalah apabila PAS dan UMNO saling bersatu di atas kesamaran dan kepalsuan.
Politik zalim walaupun tampak gagah tetap gagal kemudiannya. Politik bersih walaupun sukar tetap dikasihi dan disayangi kemudiannya.
Di sisi PAS, setiap langkah dan jejak di Manek Urai adalah jihad dan dakwah yang diberkati. Senang dan sakit di Manek Urai adalah amal soleh yang diharap timbangannya di neraca Allah. Satu undi yang kekal adalah istiqamah dalam perjuangan rakyat Manek Urai. Satu undi yang baru adalah langkah kanan ke jalan yang lurus. Satu undi yang berpaling tadah adalah jenayah terhadap agama yang ditakuti kemurkaanNya.
Justeru tiada yang lebih baik selain berkampung di PRK N41 Manek Urai. Semoga Allah memberkati perjuangan pendukung PAS. Ayuh sahabat pejuang, kita lawan UMNO sehabis – habisnya!

Sabtu, 27 Jun 2009

Patani Dalam Kenangan

Patani dan Langkasuka
Sejarah awal Kerajaan Melayu Patani masih lagi diselimuti kekaburan.Dalam catatan sejarah tidak dapat dipastikan asal-usul atau tarikh sebenar kerajaan Melayu Pattani didirikan. Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang membuat perhubungan dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad kedua Masehi sebuah negeri bernama "Lang-ya-shiu" atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.

Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Singgora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Adalah dipercayai bahawa ibu negerinya pada masa itu terletak di sekitar daerah Yarang. Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masehi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Paul Wheatly menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ketiga belas dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Pattani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya. A.Teeuw dan Wyatt berpendapat bahawa Patani telah ditubuhkan sekitar pertengahan abad ke-14 dan ke-15. Pendapat mereka berasaskan kepada tulisan Tomes Pires dan lawatan Laksamana Cheng Ho ke rantau ini dalam tahun 1404-1433 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970,3). Mengikut Hikayat Patani pula, Kerajaan Melayu Patani berasal dari kerajaan Melayu yang berpusat di Kota Mahligai di Melor Kelantan yang diperintah oleh Phya Tu Kerab Mahayana (Teeuw & Wyatt 1970,68).

Geografi
Raja Sakti I (Phya Tu Kerab Mahayana) yang berjaya menubuhkan Persekutuan Pattani Besar memerintah dari Kota Mahligai, Melor, Kelantan. Oleh kerana kedudukan Kota Mahligai itu terlalu jauh ke pedalaman dan sukar untuk didatangi oleh pedagang-pedagang telah menyebabkan Raja Sakti II (Phya Tu Antara), anak Phya Tu Kerab Mahayana, memindahkan pusat kerajaannya ke sebuah perkampungan nelayan yang kemudiannya diberi nama "Patani", dipercayai berpusat di Kampong Grisek dalam wilayah Patani sekarang ini. Pada waktu pemerintahan Raja Mas Cayam, Terengganu telah bernaung di bawah pemerintahan Pattani, dan Raja Mas Cayam menganugerahi Sultan Omar, Sultan Terengganu dengan sebilah keris panjang semasa bertabalan baginda. Keris itu menjadi alat kebesaran negeri Terengganu sampai sekarang dan diberi nama keris Mas Cayam.
Kedudukan Patani di Semenanjung Siam yang strategik dari segi geografi, telah menyebabkan kota itu menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing baik dari barat atau timur untuk singgah sama ada untuk beristirahat ataupun berdagang. Dalam masa yang singkat saja Patani telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang penting, maju dari segi ekonomi serta stabil dari segi politik dan pemerintahan. Dasar perhubungan antarabangsanya yang baik telah menyelamatkan Patani daripada jatuh kepada penjajah-penjajah Siam, Portugis dan Belanda.

[sunting] Kedatangan Agama Islam
Agama Islam juga telah membawa angin perubahan yang bermakna kepada Patani. D’ Eredia, seorang pelawat Portugis, telah menulis dalam tahun 1613 bahawa Islam telah bertapak di Patani lebih awal daripada Melaka (Mills 1930). Dalam hal ini, Teeuw dan Wyatt berkeyakinan bahawa Islam telah bertapak di Kuala Berang, Terengganu, iaitu pada sekitar 1386- 87 T.M. (Teeuw & Wyatt 1970, 4). Phya Tu Antara, yang memeluk Islam melalui seorang ulama dari Pasai, Syeikh Said, telah menukar namanya kepada nama Islam iaitu Sultan Ismail Syah Zillullah Dil Alam (Teeuw &Wyatt 1970, 68-69). Semenjak itu, Patani telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar Islam dan menjadikannya sebagai pusat perdagangan Timur-Barat yang terkenal di rantau ini. Patani bertambah maju apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

[sunting] Pattani Diserang kerajaan Chakri
Selepas Phya Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalam tahun 1776, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri di selatan semenanjung yang telah mengisytiharkan diri merdeka semasa perang Burma-Siam dahulu. Negeri-negeri di Selatan Semenanjung iaitu Ligor, Songkhla dan Pattalung telah diserang oleh Siam. Keadaan ini menyebabkan raja negeri-negeri tersebut terpaksa mencari perlindungan di Patani. Oleh kerana pemerintahnya, terpaksa tunduk kepada desakan Siam supaya raja-raja tersebut diserah kepadanya. Pada tahun 1779, Sultan Muhammad pula telah dipaksa memberi bantuan kepada Siam untuk menentang Burma. Apabila Sultan Muhammad enggan membuat demikian, Phraya Chakri telah memerintah adiknya, Putera Surasi, dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcana dan Songkhla supaya menyerang Patani pada tahun 1785 (Gresick 1976, 127; Thadeus & Chadin Flood 1978, 15 dan Wenks 1968,101). Walaupun kerajaan Melayu Patani cuba mempertahankan diri tetapi Siam telah berjaya menguasai Patani pada tahun berikutnya.
Sultan Muhammad pula telah syahid dalam pertempuran dengan pihak Siam (Light 1786)1 . Akibat kekalahan itu, seramai 4,000 orang Melayu Patani telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan.Berikutan kejatuhan Patani itu, Tengku Lamidin, Raja Bendang Badan,telah dilantik oleh Siam sebagai Raja Patani yang baru. Tengku Lamidin bagaimanapun tidak lama berkuasa. Dalam tahun 1791, Tengku Lamidin telah bersatu dengan Raja Annam yang beragama Islam, Okphaya Cho So, dan memberontak serta menyerang kedudukan tentera Siam di Tiba, Chanak, Songkhla dan Saiburi.Dalam kebangkitan itu, Tengku Lamidin telah dibantu oleh Sheikh Abdul Kamal, seorang ulama berasal dari Mekah, tetapi gagal (Teeuw & Wyatt 1970, 23).Kemudian pihak Siam, atas cadangan Ligor, telah melantik Datuk Pengkalan sebagai Raja Patani. Pada tahun 1808 Datuk Pengkalan juga bangkit menentang Siam. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu juga telah dapat dipatahkan oleh Siam setelah mendapat bantuan kerajaan pusat di Bangkok Kerajaan Melayu Patani telah dipecahkan kepada tujuh buah negeri atau hua muang untuk melemahkan orang Melayu Patani.
Di tiap-tiap buah negeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawah pengawasan Songkhla. Dengan perubahan ini, maka berakhirlah keagungan Kerajaan Melayu Patani. Kini Kerajaan Melayu Patani hanyalah salah sebuah dari negeri yang baru dibentuk. Tujuh buah negeri tersebut dan raja-raja pemerintahnya adalah seperti berikut (Bonney, R 1971, 79).:
Patani - Tuan Sulung
Teluban - Nik Dir
Nongchik - Tuan Nik
Jalor - Tuan Yalor
Jambu - Nai Pai
Rangae - Nik Dah
Reman - Tuan Mansur
Dengan memecahkan kerajaan Melayu Patani, kerajaan Siam percaya mereka dapat melemahkan orang Melayu Patani daripada bangkit menentang.Sejajar dengan itu arahan raja telah dikeluarkan kepada raja-raja negeri Melayu bahawa hukuman mati ataupun penjara akan dikenakan terhadap mana-mana raja, termasuk keluarga mereka, sekiranya mereka memberontak atau menderhaka. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya ke atas negeri-negeri Melayu, kerajaan Siam telah melantik Raja Jambu, Nai Rai, seorang berketurunan Siam, sebagai wakil kerajaan pusat bagi mengawasi raja-raja di negeri lain. Sementara itu, kerajaan Siam juga memindahkan orang-orang Siam ke negeri-negeri tersebut dengan tujuan mengimbangkan penduduk yang berketurunan Melayu.
Pada tahun 1821, Siam menyerang pula Kedah dan memaksa Sultan Abdullah melarikan diri ke Pulau Pinang (Rahmat Saripan 1979, 83). Kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu tersebut telah diakui oleh British seperti mana terbukti dengan termeterainya Perjanjian Burney dalam tahun 1826.
Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatan itu ialah Tuan Sulong, anak Raja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Baginda telah memegang jawatan itu sehingga tahun 1832 apabila baginda disingkirkan kerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1831. Berikutan penyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof, yang berasal dari Grisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusof dilantik menjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi kekosongan itu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut dan bekas Perdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902, Patani telah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya.

[sunting] Kerajaan Melayu Patani di Bawah Keluarga Tuan Besar
Di antara ketujuh-tujuh buah negeri Melayu bekas kerajaan Melayu Patani,negeri Melayu Patani adalah yang paling berpengaruh. Dari tahun 1842 sehingga 1902, negeri Patani telah diperintah oleh keturunan Tuan Besar Tuan Ahmad, bekas Perdana Menteri Kelantan dan juga Raja Kampung Laut semasa Kelantan di bawah pemerintahan Long Jenal (1837-39) (Rahmat Saripan 1979, 72-73). Perlantikan Tuan Besar sebagai Raja Patani dalam tahun 1842 itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di Kelantan dalam tahun 1838-39 yang dikenali sebagai Peperangan Saudara II.
Peperangan saudara itu berpunca daripada perebutan takhta antara Long Senik Mulut Merah atau Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar Tun Ahmad, Raja Kampung Laut. Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan oleh Siam, Sultan Muhammad II masih curiga di atas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besar sebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan Muhammad II,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukan baginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad II mengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidak ada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secara rasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itu dipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja (Rahmat Saripan 1979, 115). Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telah dihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjata secara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar.
Kedua-dua belah pihak telah meminta pihak berkuasa Siam untuk campur tangan supaya menyebelahi mereka. Pada pertengahan tahun 1839, Phraya Phipath telah menghantar wakilnya ke Kelantan untuk mendamaikan konflik yang berlaku di antara kedua-dua pihak tetapi gagal. Pada 7 Julai 1839, Siam sekali lagi telah menghantar misi damai tetapi kali ini kedatangan misi itu telah disertai sebilangan anggota tentera Phraya Chaiya. Ketua misi itu telah memaksa kedua-dua pihak itu supaya berhenti berperang dan pergi ke Songkhla untuk menyelesaikan masalah masing-masing. Berikutan tekanan itu kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla. Bagaimanapun, Tuan Besar telah diminta oleh Gabenor Songkhla pergi ke Bangkok untuk berunding dengan Raja Siam, Rama III (1824-51) mengenai masalah tersebut.
Dalam peristiwa tersebut pihak Siam lebih menyokong Sultan Muhammad II. Semasa Pemergian Tuan Besar ke Bangkok, Sultan Muhammad II, dengan disokong oleh Phraya Chaiya, telah melancarkan serangan ke atas kubu Tuan Besar dan menjelang bulan Ogos 1839, Sultan Muhammad II telah berjaya menumpaskan penentang-penentangnya.
Di Bangkok, Tuan Besar telah ditawarkan oleh Rama III jawatan sebagai Raja Patani sebagai satu penyelesaian politik terhadap masalah di Kelantan.Tawaran itu dibuat berikutan berlakunya kekosongan jawatan Raja negeri di Patani selepas Nik Yusuf, raja Patani, dilantik sebagai Raja Jering. Pada peringkat awalnya Tuan Besar agak keberatan untuk menerima tawaran itu tetapi setelah melihat kuasanya sebagai Perdana Menteri telah berkurangan dan ramai pula pengikutnya yang berpaling tadah, maka tawaran itu telah diterimanya. Pada pertengahan tahun 1842, Tuan Besar bersama pengikut-pengikutnya yang setia telah berangkat ke Patani. Dengan itu terdirilah wangsa Tuan Besar di Patani. Setelah disahkan oleh Rama III sebagai Raja Patani, Tuan Besar telah menukar namanya kepada Sultan Muhammad dan memakai gelaran Phya Pipik Pakdi. (Ibrahim Syukri) Kebetulan dengan perlantikan baginda sebagai Raja Patani, Kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbirannya terhadap negeri-negeri Melayu. Kerajaan Siam telah memberikan kuasa mentadbir tanpa campur tangan daripada pegawai-pegawai Siam. Raja-Raja Melayu hanya dikehendaki menghantar bunga Emas dan Perak setiap tiga tahun sekali ke Bangkok serta berikrar tidak akan menderhaka kepada kerajaan Siam.
Perubahan dasar Siam terhadap negeri-negeri Melayu dewasa itu mempunyai hubungan rapat dengan dasar kerajaan Rama III yang ingin mengekalkan keamanan dan keselamatan negeri Siam itu sendiri. Sebagaimana ditegaskan oleh Mills, Rama III menyedari bahawa ‘...there was no profit to be obtained from governing as a Siamese province a distant state whose inhabitants were resolved not to submit to alien rule. The experiments had been tried for twenty years, and the only result had been a constant series of rebellions’. (Mills 1960,34).
Ekoran berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Rama III pernah menerima surat daripada Bonham, Gabenor Negeri-Negeri Selat mengingatkan bahawa ‘. . . the company had grown weary of bolstering up their (Siamese) power in Kedah. Should another revolt occur, the Straits Government had been ordered not to assist in its suppression’. (Mills 1960, 192-93). Menurut Nantawan Haemindra, seorang sejarawan Thai, perubahan dasar itu adalah suatu langkah yang berkesan dalam mengelakkan perasaan tidak puas hati dan kekacauan di Wilayah itu. Perlantikan elit tempatan sebagai Gabenor di tujuh buah wilayah tersebut telah mempertingkatkan lagi kemantapan politik Siam di kesemua negeri ufti tersebut (Nantawan Haemindra 1960). Sejak itu hingga ke beberapa dekad kemudiannya keamanan telah wujud di negeri-negeri Melayu Patani dan Kedah.

[sunting] Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani
Sepanjang pemerintahan Sultan Muhammad (1842-56) dan dua orang penggantinya, Tengku Puteh (1856-81) dan Tengku Besar (1881-90), Negeri Patani berada dalam keadaan aman. Kerajaan Siam masih membenarkan Raja-Raja Melayu menguruskan pentadbiran dalam negeri. Bagaimanapun semasa Patani berada di bawah pemerintahan Tengku Sulaiman Syarifuddin (1890-98), Chulalongkorn, Raja Siam, mula merancang untuk menyusun semula pentadbiran wilayah mengikut sistem Thesaphiban. Di bawah peraturan ini, kerajaan negeri tidak lagi mempunyai kuasa otonomi dan dengan itu juga Raja-Raja Melayu akan kehilangan kedaulatan mereka. Tindakan kerajaan Siam itu telah mencetuskan konflik di antara Raja-Raja Melayu Patani dengan kerajaan Siam sehingga membawa kepada penahanan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Patani, pada tahun 1902.
Pada 18 Januari 1896, Chulalongkorn memberitahu Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri Siam, betapa pentingnya pentadbiran wilayah disusun semula. Antara lain baginda menegaskan If we do not put our administration in order, we will not have enough income, which is the source of the power needed to defend the country. The expansion of the earnings which result from the facilitation of the people’s methods of earning their livelihood and making a living out of the produce of the soil. The strengthening and the retionalization of the administration and the development of the economy are therefore the ultimate aims of this kingdom (Tej Bunnag 1977, 91).
Terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa kerajaan Siam membuat keputusan mengubah dasar pemerintahannya terhadap negeri-negeri Melayu. Perubahan dasar pemerintahan Siam ini mempunyai pertalian rapat dengan pengolakan yang berlaku di rantau Asia Tenggara dalam tahun-tahun 1890-an (Iraklein 1968, 52-68; Chandran 1971, 143-59). Kehadiran kuasa-kuasa penjajah dengan dasar imperialisma mereka di Asia Tenggara telah menimbulkan kebimbangan Siam terhadap keutuhan wilayahnya, terutamanya wilayah-wilayah yang terpencil dari kawalan kerajaan pusat di Bangkok seperti negeri-negeri Melayu di Selatan Siam. Kerajaan Siam khuatir sekiranya wilayah-wilayah ini tidak disatukan di bawah kekuasaan Siam kemungkinan besar wilayah-wilayah tersebut akan dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.
Dalam tahun-tahun 1890-an, kuasa-kuasa Perancis dan British berlumba-lumba meluaskan kawasan jajahan masing-masing di rantau ini. Perlumbaan mereka telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 1893 (Claire Hirshfield 1968, 35-38). Perancis berjaya mencapai matlamatnya di timur Sungai Mekong dengan menggunakan kekerasan ke atas Siam, manakala British pula menumpukan perhatian ke kawasan di timur laut Burma dan selatan China, dan juga di negeri-negeri Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra. Walaupun pihak British menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah Siam namun sejak tahun-tahun 1890-an lagi perwakilan British di Tanah Melayu telah mendesak supaya pengaruh British diperluaskan ke negeri-negeri Melayu utara sehingga ke Segenting Kra (Ira Klein 1968, 62-68; Chandran, J 1971,143-59). Pada tahun 1896, setelah Frank Swettenham menjadi Residen-Jeneral yang pertama bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu, kempen untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu utara itu dengan jajahan British semakinrancak.
Keadaan semakin bertambah genting dengan termeterainya pengisytiharan British-Perancis pada 15 Januari 1896 (Chandran, J 1970, 105-120).Pengisytiharan itu hanya memperakui kedaulatan wilayah Siam di Lembah Chao Phraya sahaja dan tidak menyentuh tentang keadaan di Negeri-negeri Melayu utara. Sungguhpun pengisytiharan itu memperakui kedaulatan wilayah Siam di Lembah Chao Phraya, Siam bimbang kerana syarat tersebut tidak menghalang Peranchis atau British mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggugat kemerdekaan kerajaan Siam. Jelas di sini bahawa pengisytiharan itu tidak menjamin kemerdekaan dan keutuhan wilayah Siam tetapi memberi peluang kepada kerajaan Siam untuk merombak sistem pentadbiran wilayah.
Cadangan Chulalongkorn itu telah disokong oleh Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri. Selepas membuat beberapa tinjauan mengenai sistem pentadbiran wilayah, Putera Damrong mencadangkan kepada Chulalongkorn supaya pentadbiran wilayah disusun semula mengikut Sistem Thesaphiban (Nantawan Haemindra 1976). Di bawah Sistem Thesaphiban, pentadbiran wilayah akan disusun dan dikumpulkan ke dalam satu unit yang dikenali sebagai Monthon. Tiap-tiap Monthon ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi (Khaluang Thesaphiban) yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Di bawah sistem ini juga, semua kakitangan kerajaan dari peringkat atas sehingga ke peringkat bawah dibayar gaji mengikut skim kebangsaan.
Setelah memperoleh persetujuan daripada Chulalongkorn, dalam bulan Mei 1897, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah (Phraratchabanyat laksana pakkhrong thongthi) (Tej Bunnag 1977, 118). Pada bulan Februari 1899, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan pula Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah (Kho bangkhap pokkhrong huamung).
Peraturan tersebut memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melumpuh dan menghapuskan "whatever remained of the provincial administration independent existence". Di bawah peraturan ini, jawatan raja Negeri ataupun Gabenor tidak lagi bersifat ‘semi-hereditary’. Raja Siam diberi kuasa untuk melantik atau melucut Raja Negeri atau Gabenor. Raja Negeri tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati (phu samret ratchakan) di peringkat negeri. Mereka juga hanya dianggap sebagai seorang pegawai kerajaan (phu wa ratchakan).Peraturan ini juga melucutkan beberapa keistimewaan yang ada pada Raja-raja negeri. Raja-raja tidak lagi mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan kerajaan kecuali Pendakwaraya (yokkrabat) dan Pegawai Hasil (phu chuai) sahaja. Sungguhpun begitu, sebelum sebarang perlantikan dibuat, Raja negeri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan atau kebenaran Pesuruhjaya Tinggi Wilayah yang berkenaan.Sebaliknya, Pesuruhjaya Tinggi wilayah diberi kuasa untuk melantik lima orang pegawai, dua daripadanya ialah penolong Gabenor dan Timbalan Gabenor.
Di samping itu, Raja-Raja Negeri juga kehilangan sebahagian daripada hasil negeri. Mereka juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan ataupun memajakkan cukai (tax-farms). Mereka tidak dibenarkan mempunyai pendapatan sampingan selain daripada gaji yang dibayar oleh Kerajaan pusat. Peraturan itu juga menegaskan bahawa Gabenor bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor tidak mempunyai kuasa ke atas kakitangan bawahan. Sebarang tindakan yang diambil oleh Gabenor hendaklah dilaporkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Wilayah dalam masa tujuh hari selepas tindakan itu diambil.
Jika dilihat pada Peraturan 1899, jelas menunjukkan bahawa peraturan ini bertujuan melumpuhkan kekuasaan Raja negeri dan dengan demikian menguatkan lagi cengkaman kerajaan pusat ke atas pentadbiran wilayah.Dengan peraturan ini pihak berkuasa di Bangkok berharap ia akan dapat mengawal wilayah-wilayah luar khasnya daripada gangguan pihak asing
Proses pelaksanaan Peraturan 1899 ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.Putera Damrong tidak mahu pelaksanaan reformasi pentadbiran ini menimbulkan tanggapan negatif kuasa-kuasa Barat, khususnya British, bahawa pihak Siam sedang berusaha menyekat pengaruh mereka di wilayah-wilayah tersebut. Putera Damrong pernah mengingatkan kakitangan pentadbirannya tentang pentingnya mengekalkan hubungan baik dengan British kerana kerajaan Siam perlukan sokongan pihak British bagi membendung ancaman Perancis (Tej Bunnag 1977, 138-39). Di samping itu beliau juga tidak mahu menggunakan paksaan ke atas raja-raja negeri supaya menerima peraturan baru itu. Beliau bimbang tindakan semacam itu akan hanya ‘…alienate the provincial nobility and make them run to the foreigners’. Berdasarkan prinsip ini, Putera Damrong memulakan usaha ke arah penyusunan semula sistem pentadbiran di wilayah-wilayah luar.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pattani_Besar"

Ahad, 17 Mei 2009

NASIHAT GURU

Apapun yang berlaku dalam persoalan akidah dan tauhid, kita janganlah terlalu cepat melatah, jangan cepat mengkafirkan mana-mana golongan. Kita serahkan kepada Allah s.w.t kerana mungkin apa yang kita faham tidak sebagaimana yang mereka faham.

yang penting kita sama-sama menjaga Islam dan mengamalkan Islam, supaya Islam dijulang tinggi dan diredhai oleh Allah dunia dan akhirat.

Sejarah dan Akidah Golongan Wahabi

"Menolak Fahaman Wahabi"

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali.

Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kembali konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria.

Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w.

Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu.

Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah. Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi.


Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh. Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:.

Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah..

Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq)..

Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)..

Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi..

Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik..

Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya..

Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya..

Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh..

Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah..

Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah..

Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja. . Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang..

Amalan tariqah dilarang sama sekali..

Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia. Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi.


Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam.

Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada. Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri.

Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Bersifat Benar

Benar adalah sifat yang mulia. Lawannya, bohong adalah sifat yang keji. Membezakan benar daripada bohong adalah sebahagian matlamat Allah ke atas kehidupan manusia di dunia ini. Allah benar – benar mahu menyaksikan golongan yang benar terpisah daripada golongan yang bohong. Satu di syurga dan satu lagi di neraka. Lihat al Ankabut:3.
Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.
Maka iman adalah benar sebagaimana benar adalah iman. Iman adalah pembenaran dengan hati, pengucapan dengan lidah dan berkerja dengan anggota badan. Begitulah gambaran betapa mulianya sifat benar.
Oleh kerana benar adalah iman, maka bohong adalah nifaq. Orang beriman adalah pembenar kepada kebenaran, manakala kafir, juga munafik adalah pembohong yang menidakkan kebenaran (Lihat al ankabut:11). Justeru sifat benar sebenarnya adalah pembeza di antara iman dan nifaq. Nyatalah betapa penting dan berharganya bersifat dengan sifat benar dalam kehidupan orang beriman.
Maka benar adalah amanah iman, manakala bohong adalah khianat terhadap iman. Itu maksud sabda al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.
Mencapai darjat tertinggi sifat benar adalah sukar. Hati sentiasa benar. Ia menjadi saksi diri sendiri. Jika ia beriman dengan Allah maka benarlah hatinya dalam imannya itu. Bila ia kufur dan mensyirikkan Allah, maka benarlah hatinya dalam kufur dan syiriknya itu. Hatinya benar dalam menidakkan kebenaran daripada Allah.
Peperangan dan perjuangan sifat ini bermula apabila ia menuju lidah dan perbuatan. Jika lidahnya berkata sebagaimana hatinya, maka dia melonjakkan sifat benar di dalam dirinya. Kemudian jika perbuatannya juga adalah selaras pernyataan hatinya, maka ia sebenarnya telah mencapai darjat tertinggi sifat benar.
Kerana kebesaran bersifat benar, maka manusia paling mulia selepas para rasul, Abu Bakar telah menerima darjat kebesaran utama daripada Allah iaitu gelaran ‘as siddiq’.
Ia satu perjuangan dalam kehidupan setiap muslim yang wajib memelihara imannya sepanjang hidupnya. Betapa sukar berlidah benar, betapalah lagi sukarnya berkerja dan bertindak benar. Lidah bercabang, menanam tebu di bibir mulut dan talam dua muka adalah sebahagian rencah kekejian amalan yang merosakkan kehidupan manusia dek hilang dan terhakisnya sifat benar.
Bagaimana menuju puncak sifat benar yang sukar itu? Mari bersama kita menangga menujunya.
Pertama, benar terhadap musuh. Ia bererti anda mempertegaskan kebenaran dan iman anda dengan berterangan menolak musuh. Musuh adalah kufur, syirik dan mereka yang mendukungnya.
Anda mengucapkan kalimah syahadah dengan berterangan. Anda mengeji kekufuran dan menjauhinya. anda menolak orang yang melawan Allah dan hukumNya. Anda menyeru manusia meninggalkan kekufuran dan kezaliman.
Ini adalah tanda sifat benar di dalam diri. Ia adalah tanda iman di dada. Jika anda gagal di sini, anda telah gagal di tahap yang pertama. Anda dikuasai sifat bohong dan nifaq. Anda mungkin telah menjadi munafiq.
Anda berkata iman hanya di depan orang beriman, tetapi sebaliknya di hadapan orang kafir. Anda memilih untuk tidak memihak, di atas pagar apabila berlaku pertembungan di atara iman dan kufur. Anda meredhai perbuatan maksiat. Anda menyokong orang yang menolak hukum Allah. Ini adalah tanda tiadanya sifat benar di dalam diri anda, bahkan sifat nifaq telah mengambil tempatnya.
Justeru orang yang benar imannya sentiasa menyokong perjuangan Islam yang di perjuangakan oleh PAS dan kumpulan Islam yang lain. Mereka pula menolak perjuangan sekular yang diperjuangakan oleh UMNO dan menentangnya habis – habisan. Adapun mereka yang dihinggapi nifaq, mereka menjadi sebaliknya. Mereka menentang perjuangan Islam dan mendukung perjuangan sekular.
Walaupun perisytiharan menentang musuh secara berterangan ini adalah hebat, tetapi ia adalah sifat benar di tahap pertama. Sifar benar di dalam diri yang disemai oleh iman menuntut anda menangga ke tahap yang lebih lagi.
Kedua, benar terhadap sesama muslim. Ia bererti anda berlaku benar di dalam menjaga amanah persaudaraan Islam. Menipu sesama muslim adalah khianat terhadap iman. Iman bererti anda aman dalam hubungan dengan Allah. Anda tidak memusuhi dan mengkhianati Allah. Kemudian iman bererti anda aman dalam hubungan sesama sendiri, sesama muslim. Anda tidak memusuhi dan mengkhianati muslim.
Justeru benar terhadap sesama muslim adalah amanah iman. Membohongi mereka adalah khianat terhadap iman.
Anda dipercayai setiap muslim kerana kalimah iman dan perlakuan iman anda. Kepercayaan yang anda perolehi itu memudahkan anda untuk menipu dan bohong terhadap mereka. Jika anda menipu, kepercayaan mereka menutup penipuan anda. Justeru menipu kawan lebih mudah daripada menipu musuh yang sentiasa tidak mempercayai anda. Maka setiap muslim terlalu mudah terdedah dengan penipuan sesama sendiri.
Ini jika anda gagal di dalam memelihara iman. Anda khianat di dalam menjaga iman.
Sebaliknya, jika anda benar di dalam iman, anda akan bersifat benar. Anda berusaha untuk benar dan tidak menipu dan mengkhianati sesama sendiri, sesama kita, sesama muslim. Maka amanlah kehidupan masyarakat muslim apabila tersebarnya sifat benar dalam kehidupan Islami.
Seorang pemimpin, contohnya Menteri Besar atau wakil rakyat, diberi kepercayaan untuk memimpin rakyatnya kerana perakuan iman dan amanah yang lahir dari lidahnya. Maka dia mudah untuk menipu rakyatnya kerana dia memiliki perisai kepercayaan tersebut. Malangnya, betapa ramai pemimpin seperti ini yang membohongi rakyatnya dan mengkhianati amanah yang diberikan.
Lihatlah sukarnya benar sesama sendiri. Pemimpin menipu rakyat. Ketua menipu anak buah. Penjual menipu pembeli dan lain – lain. Semua ini kerana kepercayaan sesama sendiri yang telah dikhianati. Hilangnya sifar benar di jiwa muslim.
Adapun seorang muslim yang ingin menjaga imannya kekal bersih dan kukuh, maka dia terus bertahan dengan sifat benar di dalam muamalahnya sesama muslim. Dia boleh berbohong, tetapi sifat benarnya menghalangnya berbuat demikian. Dia berkhidmat dan menyumbang tenaga dan segenap kepunyaanya dengan iman yang dibenarkan oleh lidah dan perbuatannya.
Inilah darjat iman yang tinggi. Ia ditinggikan oleh sifat benarnya dalam kehidupan sesama muslim selepas dia telah benar di dalam menyatakan penolakannya terhadap kufur dan nifaq.
Jika anda orang PAS, perhatikan betapa gagah dan mudahnya anda melawan UMNO, tetapi betapa sukarnya anda untuk menjaga amanah dan kepercayaan sesama kita. Jika anda benar di dalam menjaga kepercayaan itu, bersyukurlah kepada Allah yang telah memahamkan dan melorongkan anda untuk menghayati makna iman. Jika sebaliknya, bersegeralah membaiki diri menuju kecemerlangan iman. Jika tidak, anda hanya mendahului musuh, tetapi ketinggalan jauh di belakang kawan sendiri. Jika musuh sempat, andalah mangsa mereka yang terawal.
Adapun tahap benar yang ketiga, maka ia adalah benar terhadap orang terdekat. Suami terhadap isteri dan begitulah sebaliknya. Ketua terhadap orang – orang kanannya dan begitulah sebaliknya. Mudahnya, pembantu yang benar.
Tiada yang paling patut saling mempercayai selain isteri atau suami. Apabila ikatan nikah bersimpul, kita saling bocor membocor, serah menyerah dan percaya mempercayai. Apabila berlaku pengkhianatan, maka ia adalah seburuk – buruk pengkhianatan. Tiada lagi makna kepercayaan dalam kehidupan insani.
Tetapi, dek kepercayaan yang tidak berbelah bagi, sifat bohong dan khianat mudah mengambil tempat. Betapa mudahnya menipu isteri atau suami. Perisai kepercayaan menutup kejahatan diri. Maka tunggulah sebuah tragedi kehancuran.
Sebaliknya, jika sifat benar menguntum di dalam hijauan iman, maka tersergamlah sebuah istana kehidupan yang cukup membahagiakan, bukan sekadar menghiasi tamannya, bahkan semerbaknya menggamit pengunjung yang tak akan hilang. Bahagia dan membahagiakan.
Itu, begitulah mereka yang bergelar pembantu. Kita tidak dilantik atau dipilih untuk menjadi pembantu kecuali kitalah orang yang paling dipercayainya. Rahsia di sisi orang bukan lagi rahsia di sisi kita para pembantu. Benar cerita pembantu, benarlah cerita yang dibantu. Bohong cerita kita, menjadi bohong dan rosaklah orang yang dibantu.
Dalam kehidupan Islami yang menuntut tumbuhnya nilai – nilai murni insani, sifat benar adalah baja yang paling menyuburkannya. Ia mesti lahir dalam kehidupan Islami kerana benar adalah iman. Iman tidak menumbuhkan kecuali sifat benar. Jika tidak, ia adalah iman yang berit dan terbantut tumbesarannya.
Jika anda membaca tulisan saya yang telah ’mencetus kemarahan umum dan menggetus pujian khusus’ sebelum ini, anda dapat lihat dimanakah sasaran bedilan saya. Serangan saya adalah terarah, manakala serangan balas anda terlalu tersasar.
Orang yang kedudukannya tinggi sehingga diambil untuk menjadi pembantu kepada seorang yang mulia di sisi masyarakat seharusnya memiliki sifat benar ditahap ini. Bukar sekadar benar ketika melawan UMNO! Fahami ini jika anda ingin bertapak kejap di medan iman menuju Allah.
Sekarang mari menangga ke tahap tertinggi sifat benar.
Ia adalah benar terhadap diri sendiri. Buanglah manusia kafir jauh – jauh. Ketepikan rakyat dan keluarkanlah pembantu daripada sisi anda. Hilangkan semuanya dan biarkan anda berseorangan. Anda dan diri anda. Di situ anda segera rebah dan tiada upaya lagi. Upaya anda diragut Allah, tuhan yang menciptakan anda dan seluruh makhluk.
Benar terhadap diri sendiri bermaksud benar terhadap Allah di hadapan Allah.
Firman Allah, ” Wahai manusia, Kamu adalah para faqir kepada Allah, sedang Allahlah tuhan yang maha kaya dan terpuji.” Fathir:15
Di sini pencinta Allah menghisab dirinya. Mencari tempat dan masa untuk melarikan diri daripada makhluk lalu menuju Allah, Tuhan tempat tumpuan segala. Terus – terus mencela diri di hadapan tuhan atas penipuan terhadap dakwaan dan saksian iman di hati, lidah dan perbuatan. Menangisi diri kerana keterlanjuran dan kekurangan. Sujud menyembah memohon keampunan dan kebersihan diri.
Begitulah orang mukmin. Dia ingin benarnya itu diperakukan Allah, bukan manusia. Manusia menipu dan Allah tidak menipu dalam jaminan dan kalamNya.
Apabila kita berjaya mengekalkan diri dalam muhasabah, maka sifat benar akan diukur. Kita akan melihat dengan mata hati yang bersinar tahap iman dan benar kita terhadap Allah. Menipu Allah bererti menipu diri sendiri. Kita takkan mampu menipu Tuhan yang Maha Melihat, Maha Memerhati dan Maha Mengetahui.
Bersama kita meneroka kebenaran dan menjunjunginya.

Sila kunjungi http://nikabduh.wordpress.com

Selasa, 12 Mei 2009

NASIHAT KEPADA SANG MUFTI PERLIS BERKENAAN ISU ESQ 165

Dipetik daripada zaharuddin.net

Pengenalan

• Saya merupakan Alumni kursus motivasi kepimpinan ini merasa terpanggil untuk menjawab pendapat dan pandangan yang keliru oleh Dr Juanda (Mufti Perlis) terhadap kursus motivasi kepimpinan dan pengasasnya Dr Ary Ginanjar serta para trainernya.
• Pandangan demi pandangan ini seharusnya dijawab dan dapat dikongsikan dengan penuh hikmah, mudah-mudahan Allah merahmati usaha murni kita semua sebagai umat Muhammad saw yang kini penuh dengan pelbagai cabaran dan ujian. Marilah kita bersatu demi ALLAH melalui ISLAM. Bukannya melalui wasilah yang boleh mendatangkan tandatanya yang boleh menimbulkan konflik bahaya terhadap mereka yang tidak tahu hujung pangkalnya terhadap pengukuhan iman dan akidah.
• Mungkin secara peribadi Dr Juanda boleh tampil memberikan sebarang komentar, pandangan, kritikan terhadap modul-modul yang dijalankan daripada membuat kritikan dan sedikit kekeliruan di dalam media @ akbar berita harian terhadap sebahagian umat Islam yang telah pergi dan hadir sebagai peserta kursus ini.
• Diharapkan pendapat yang dilontarkan ini biarlah dinilai secara positif dan beradab dalam pelbagai aspek. Sebenarnya kursus motivasi dan pengisian kursus motivasi ini juga telah dihadiri oleh ratusan ahli agama termasuk Mufti, Timbalan Mufti di beberapa buah negeri, pegawai kanan Institut Integriti Malaysia, Kementerian Pelajaran dan ahli-ahli akademik dari Insitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, badan bukan kerajaan, agensi media massa dan syarikat swasta terkenal.
• Ini termasuk yang telah hadir kursus terkini 2009, ialah mantan Bekas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mustapha Abdul Rahman. Respon beliau secara hikmah dan beradab menjelaskan kursus ini amat baik, jelas dan signifikan untuk kekembalian ummah kepada Islam melalui modul pengisiannya berlandaskan al-Quran dan Hadis yang meliputi golongan Eksekutif (Korporat), Agensi Kerajaan, Mahasiswa/Pelajar, Kanak-kanak, ibu bapa dan lain-lain lagi (Wacana Ilmu, Kuala lumpur).
• Termasuk Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SS Datuk Hj Hassan Ahmad, menjelaskan Training ESQ kursus terbaik yang pernah beliau ikuti, sebab pendekatan kursus ini dibuat dalam bentuk ilmiah berdasarkan ayat al-Quran dan hadis dengan gabungan paparan sains dan teknologi serta berjaya mengaitkannya dengan keyakinan kepada Allah SWT. (Lihat Majalah i Bulan April 2009. Wawancara Editor bersama Mufti Pulau Pinang terbitan Karangkraf).
• Yang penting ialah nasihat Sahibus Samahah Datuk Hj. Hassan Ahmad iaitu kalau kita nak menilai sesuatu perkara, pertama sekali ialah perlu milhatnya dan mengikutinya dari peringkat awal hingga akhir kursus ini. Kita tidak boleh berpandukan buku oleh Pengasasnya semata-mata, kadangkala apa yang kita baca tak sama dengan apa yang kita alami. Kita faham yang lain, sedangkan penulis dan pengasasnya maksudnkan tidak sama dengan apa yang kita faham.
• Sebab itu, kalau hendak belajar mesti berguru, Kalau tidak faham atau ragu, kita boleh bertanya kepada penulis atau pengasasnya. Jangan mudah membuat anggapan, sesuatu yang kita faham itu menyeleweng tanpa kita bertanya dahulu kepada penulisnya. (Petikan Majalah i Bulan April 2009. Wawancara Editor bersama Mufti Pulau Pinang terbitan Karangkraf).
• Maklum balas dari mereka (peserta) semua secara keseluruhannya adalah positif dalam konteks dakwah semasa hari ini bagi menangani segala isu-isu yang hebat melanda keruntuhan minda, hati dan jiwa masyarakat Malaysia hari ini.
• Diharapkan Dr Juanda Jaya, Mufti Negeri Perlis lebih prihatin terhadap permasalahan dan cabaran semasa ummah yang lain terutamanya –media elektronik 24 jam ( yang banyak memaparkan cerita yang boleh menggugat akidah dan unsur maksiat) terutamanya generasi muda kita yang sekarang ini agak ketandusan ilmu ukhrawi yang boleh menggugat keimanan dan akidah mereka. Sepatutnya Dr Juanda lebih prihatin masalah ini daripada membuat anggapan negatif terhadap kursus motivasi sebegini.
• Kursus ini adalah wasilah untuk mengembangkan dakwah ISLAM. Bagi saya kursus kepimpinan ini sesuai utntuk semua golongan usia, bangsa dan agama. Diharapkan Dr Juanda akan mengajak keluarga, anak-anak, staf pejabat Mufti Perlis dan anak-anak buah yang lain hadirkan diri ke kursus ini.
• Kalau hadir, biarlah sampai sehingga penghujungnya. Sebab Saya sendiri melihat sebahagian uztaz-ustaz yang pergi mereka rasanya ilmu mereka ini dah tinggi dan tidak boleh terima apa yang diajarkan dalam kursus ini, dan ada yang datang sekadar nak cari kesalahan pra trainernya sahaja. Dan ada dikalangan mereka yang tidak boleh terima cara dakwah yang disampaikan dalam kursus ini kerana memaparkan iringan muzik yang kuat di dalam beberapa modul yang digunakan.
• Bagi saya Pengasas kursus ini bukanlah hebat orangnya, beliau manusia biasa sahaja dan beliau bukannya mufti, ulama ataupun ustaz tetapi beliau telah diberikan hidayah dan manusia pilihan Allah untuk sama-sama berkongsi mengembangkan dakwah ISLAM berlandaskan al-Quran dan Hadis yang berpegangkan kepada fahaman AHLI Sunnah Wal Jamaah.
• Mungkin kalau kursus ini bertajuk Kursus Agama, Akidah atau Tauhid, nanti mungkin ramai orang akan berjauhan, tetapi kursus ini atas nama ESQ (Emosional and Spiritual Quotient) memungkinkan ramai orang Islam termasuk bukan Islam boleh mendekati dan mengikutinya dengan baik dan harmoni melalui nilai luhur yang ada dalam Islam, Iman dan Ihsan serta mendekatkan diri (tazkiyah al nafsu) melalui zikir dan tahmid serta berpegangkan prinsip al-quran dan al Sunnah. Isi Perbincangan –Jawapan Balas Artikel Berita Harian 21 April
• Kursus motivasi bina insan dan kepimpinan bentuk moden yang dijalankan selama tiga hari bermatlamatkan pencarian hidup manusia di dunia ini berlandaskan 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam yang disusun oleh pengasasnya secara teratur dan ikhlas mengembangkan dakwah Islam di muka bumi Allah ini.
• Pengisian kursus motivasi ini adalah berteraskan nilai-nilai kehidupan seseorang insan yang mana pengisiannya diambil secara holistik melalui pendekatan intelek, emosi dan spiritual (ESQ). Pengsisian kursus ini juga cuba untuk mengajak semua manusia kepada konsep amar makruf nahi mungkar – melakukan perkara-perkara atau amalan yang makruf dan meninggalkan segala perkara atau amalan yang mungkar, samada di dalam diri sendiri, keluarga, organisasi dan negara.
• Kursus motivasi dan latihan ini dapat memberikan manfaat yang penuh kepada peserta sebagai insan dan khalifatullah fil ardhi (God Vicegerent On Earth) bagi merealisasikan gabungan IQ, EQ dan SQ dalam kehidupan seharian, menghayati dan mengamal laksanakannya sebagai amanah terhadap Allah, organisasi dan keluarga. Di samping mengimplimentasikan nya ke arah mencapai misi dan visi hidup setiap individu dan setiap organisasi samada agensi kerajaan atau swasta’.
• Sebenarnya apa yang diajarkan dan dikongsikan dalam kursus motivasi ini adalah merupakan perkara-perkara yang sudah diketahui dan dipelajari. Cuma apa yang teruja, sangat berkesan dan luar biasa itu ialah betapa indahnya susun atur ilmu Allah ini diaturkan oleh orang-orang yang ikhlas mendalami dan menyebarkan ilmu kepada seluruh umat manusia ke arah kebaikan dan nilai-nilai luhur yang ada dalam ISLAM.
• Kisah bahagia atau tidak bahagia seseorang manusia itu adalah hak Allah. Kebingungan manusia untuk mendapatkan pencarian bermakna dalam hidup adalah lumrah. Selagi manusia itu hidup samada senang atau susah, beriman atau tidak, setiap manusia itu akan diduga atau diuji dengan segala macam ujian yang melanda. Hal ini adalah ketentuan dari Allah. Kita sebagai manusia akan sentiasa berterusan menghadapi pelbagai ujian di dalam kehidupan ini. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Apakah manusia beranggapan mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : kami telah beriman, sedangkan mereka tidak lagi diuji” (Surah Al-Ankabut : 2 ) a. Sebagai contohnya kehidupan Rasulullah SAW yang tercatat dalam Surah al Duha ayat 7 pula lebih memfokuskan kepada keadaan baginda yang kebingungan lalu diberikan petunjuk oleh Allah. Terdapat beberapa tafsiran yang diberikan kepada perkataan dallah yang terkandung dalam ayat ini. Antaranya ialah keadaan Rasulullah saw sebelum menerima wahyu, di mana baginda berada di dalam kekosongan daripada nilai syariat. Ia juga boleh diterjemahkan sebagai keadaan baginda yang mencari kebenaran sebelum dilantik menjadi Nabi. Pada masa yang sama, baginda menolak segala fenomena yang ada terutama yang bertentangan dengan nilai tabii yang sihat dan mulia. Manakala satu tafsiran yang boleh dibuat ialah bagimnda berada dalam keadaan mencar-cari jalan yang benar untuk menyembah Allah Pencipta alam yang sebenar. Apa yang harus disedari ialah insane bernama Muhammad saw ini ialah seorang manusia. Baginda sudah tentu mempunyai perasaan sukan hiburan dan kesenangan. Namun baginda sentiasa terpelihara dari melakukan kehendak hatinya. Semua ini berlaku kerana Allah SWT dengan kuasa dan kehendakNya telah memberikan memberikan petunjuk dan hidayah menyelamatkan Rasulullah dari berbuat sesuatu yang jahat dan berdosa semasa hidupnya. b. Apa yang berlaku dalam kehidupan Rasulullah saw ini memberikan gambaran kepada masyarakat hari ini bahawa manusia akan mencari satu kepercayaan atau pegangan dan menambahkan lagi penghayatan yang dengan lebih yakin lagi sesuai dengan nalurinya.
• Pembentukan budaya dan pemikiran dalam tradisi hidup manusia amat penting untuk mencipta sebuah kehidupan yang mempunyai maruah, integriti dan bernilai tinggi. Penjajahan pemikiran, budaya dan nilai dari dunia luar haruslah ditangani dengan sebaik-baiknya oleh institusi-institusi agama dan kesatuan dunia Melayu dunia Islam dalam membentuk pemikiran dan budaya luhur yang berasaskan kepada keperibadian bangsa sendiri.
• Ternyata di sini sebesar mana sekalipun iman seseorang itu, selagi bernama manusia, maka ia akan sentiasa menghadapi ujian dan dugaan, cabaran dan halangan. Pada zaman ini kita berhadapan dengan berbagai-bagai krisis dan kegawatan. Cabaran dalaman dan cabaran global yang menyelak tirai abad ke- 21 dijangkakan membawa kesan baru terhadap arah dan kebudayaan umat Melayu Islam. Bentuk ‘penjajahan baru’ ini akan memberi implikasi langsung terhadap pembangunan minda dan gaya hidup baru di kalangan kita.
• Justeru matlamat Kursus Motivasi Kepimpinan ini juga memfokuskan adab-adab dan pendidikan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, memiliki jatidiri bangsa, memiliki nilai peradaban yang luhur, kesedaran budaya, pertemuan serantau dan kerjasama wilayah sebagai alternatif merupakan wadah terbaik bagi menentukan keupayaan kita bertahan supaya kita tidak cair dengan arus globalisasi yang amat deras dan pantas.
• Kursus kepimpinan bina insan yang dianjurkan oleh syarikat tidak pernah mendakwa bahawa pengisian kursus ini adalah terbaik atau lengkap. Malah pengasasnya sendiri dan para trainernya pun selalu menjelaskan kepada peserta yang hadir bahawa yang Al-Quran dan al-Sunnah adalah merupakan panduan suci umat Islam sepanjang zaman. Oleh itu boleh dikatakan bahawa setiap umat Islam sememangnya berkeinginan untuk dapat membaca dan memahami al-Quran dalam bahasa asalnya iatu bahasa Arab. Memandangkan tidak semua orang berkemampuan dan berkesempatan yang sama, maka keinginan tersebut tidaklah dapat dicapai oleh setiap Muslim.
• Kalau zaman Nabi Muhammad dahulu, bagi membolehkan umat bukan Arab dapat memahami ajaran-ajaran yang tekandung dalam al-Quran, maaka kitab suci al-Quran diterjemahkan kepada bahasa bukan Arab. Begitu juga hari ini, tidak semua kita rakyat Malaysia yang pandai atau mahir berbahasa Arab, tetapi mereka ada asas dan pandai membaca al-Quran sehingga mereka menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu untuk memahamkan dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Menjawab Kritikan dan Salah Faham Terhadap Kursus ini Yang “Mempakej Perkahwinan’ Islam dengan pendapat kafir Jahiliyah
• Apa yang dilontarkan atau dikritik oleh Dr Juanda sebelum ini sebenarnya boleh dibawa kemeja perbincangan dan syura secara hikmah dari setiap pihak (JAKIM, Panel Akidah JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti Kerajaan Negeri, Dekan-dekan Pengajian Islam, Ahli Sains, Tokoh Korporat, Tokoh Media, Ahli Akademik dan lainnya) sebelum mendakwa atau menuduh kursus ini cuba untuk menyelewengkan akidah umat Islam atau sesat secara melulu tanpa bukti kukuh dan kajian yang mendalam secara epistemilogi (teori), aksiologi (nilai) dan ontology nya (turut serta).
• Janganlah cuba memberikan sebarang pandangan perbezaan yang boleh menimbulkan kekeliruan umat, jika mereka yang memberikan pandangan ini belum atau tidak lagi mengikuti kursus motivasi kepimpinan ini sehingga selesai kepada penghujung modulnya. Pengasasnya dan para trainernya pun selalu membicarakan atau mengajar peserta melalui panduan al-Quran sebagai wahyu pertama dalam Islam yang diutuskan kepada Nabi Muhammad saw.
• Pendekatan dakwah yang digunakan oleh pakar motivasi dan para trainernya bukannya seperti yang didakwa dengan alasan ‘mempakejkan perkahwinan’ Islam yang murni dengan pendapat kafir jahiliyah yang tidak mengenal Allah apatah lagi wahyu Ilahi. a. Tuduhan Dr Juanda ini nyata salah dan mengelirukan sebabnya adalah kerana : Pandangan dan kajian yang dilakukan oleh orang-orang Barat ini diambil dan dikongsikan bersama dengan peserta kursus adalah untuk dijadikan sebagai pembanding dengan Islam melalui penonjolan kehebatan dan keagungan Allah melalui kitab sucinya al-Quran dan al-Sunnah. Semua kehebatan kejadian alam dan maklumat santifik yang dikaji oleh Barat ini sebenarnya sejak 1400 tahun lagi Islam telah membawa nilai ilmu ini yang kemudiannya ilmu-ilmu ini diceduk dan digunapakai oleh orang –orang Barat. Gabungan ilmu Barat dan Islam ini bukannya ’pakej perkahwinan ilmu’ seperti yang ditohmahkan kepada pengasasnya sebab kita lihat keagungan ilmu Islam ini berkembang keseluruh dunia dengan perkembangan tamadun Islam di Barat terutama di Andalus telah berjaya menghapuskan penindasan dan kekejaman pemerintahan sebelum itu, dan juga telah berjaya membentuk masyarakat intelek yang menjadi model yang dikagumi oleh masyarakat Kristian Eropah ketika itu. Sarjana-sarjana Islam Andalus juga telah berjaya memberikan sumbangan yang besar ke arah pertumbuhan dan perkembangan kegiatan keilmuan, khususnya dalam bidang sains akliah yang kemudiannya menjadi asas kepada kebangkitan negara-negara Kristian Eropah. Ramai sarjana Islam zaman itu telah menghasilkan karya-karya agung dalam bidang sains, undang-undang, sejarah, falsafah, perubatan, kesusasteraan, keagamaan dan lain-lain. Hasil dorongan tersebut, semua lapisan masyarakat Andalus tanpa mengira agama dan keturunan telah sama-sama memberikan sumbangan di dalam memajukan pelbagai lapangan ilmu pengetahuan di Andalus. Menurut Ismail Hamid (1985), Islam memupuk dan mengekalkan semangat penerokaan dalam pencarian ilmu dan ini telah ditiru oleh orang-orang Barat. Dengan itu pandangan orang-orang Barat mulai meningkat maju dan melahirkan gerakan kemajuan dan pembukaan daerah-daerah baru di Timur. Ilmu pengetahuan daripada Greek-Roman yang ditulis dalam bahasa Arab telah disalin kembali ke dalam bahasa-bahasa Eropah, misalnya Kitab Sir al Asr’r yang dikarang oleh Aristotle di temui oleh Philip di Bandar Antioch pada tahun 1274 tertulis dalam bahasa Arab. Andalusia telah membangunkan peradaban dan menggarap kekuatan memperjuangkan kebenaran dan menyegarkan prinsip-prinsip Islam serta mendorong pertumbuhan kebudayaan dan keilmuan Islam yang melahirkan ‘Jil Qurani’ dan terus megah sebagai “Permata Eropah” (The Jewel of Europe) di bawah kuasa Islam. Perkembangan ini juga telah memindahkan teknologi saintifik tamadun Islam Baghdad dan penemuan halus senibina Islam ke Eropah. Karya-karya agung dari tamadun Asia telah tersebar ke Andalus dan dibawa ke istana untuk diterjemahkan. Salah Faham Terhadap Penemuan God Spot oleh Saintis (Doktor) dan Hubungan sains dan Agama Hal ini kebenaran penemuan God Spot ini turut diakui oleh ramai para saintis Muslim sendiri yang mendapati kebenaran kuasa Allah, walaupun bukan saintis Muslim yang menjumpainya, TETAPI inilah hikmah ilmu Allah yang memungkinkan para saintis bukan Islam menemuinya bagi melihat keagungan dan kebesaran Ilahi dalam sains kejadian manusia. Terbukti Allah menciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk kita sentiasa ingat dan tunduk padaNya. Bahkan di dalam kitab suci al-Quran sendiri Allah SWT berfirman yang bermaksud : ‘Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami disegenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar”. Memetik inspirasi dari ayat al-Quran ini, Dr. Suraya (Pakar Imej Diagnostik Hospital TAR, Klang ) menjelaskan bahawa ‘ God Spot’ harus diperkembangkan dengan sempurna bagi mereka yang mencintai agama. Manakala bagi mereka yang tidak mahu memperkembangkannya fungsi saraf ‘God Spot’ ini, mereka akan dikatakan sebagai pekak, tidak tahu, dan buta. Menurutnya kalau dahulu kita tahu yang otak digunakan untuk kecerdasan minda (IQ ) dan emosi (EQ), kini dengan terbongkarnya ‘God Spot’, kita telah belajar dari Allah tentang satu lagi potensi manusia yang lebih hebat dan luar biasa iaiatu kecerdasan spiritual (SQ). Jadi dengan tergabungnya ketiga-tiga kecerdasan ini, manusia akan menjadi lebih sempurna dan lebih terpuji. Walaupun umat Islam terpaksa menimba ilmu dan mempelajari sains dan teknologi dari negara maju khususnya dari negara Barat yang lumrahnya tidak beriman dengan Allah, perbuatan tersebut bukanlah sesuatu yang tercela menurut pandangan Islam. Hakikat ini tidak ada tegahan dalam Islam. Hal ini disebabkan Islam memandang ilmu sebagai satu hikmah kebijaksanaan yang dikongsi bersama dan berpunca dari Allah SWT. Para Saintis menyedari perlunya nilai agama dalam sains. Mereka melihat agama bertindak sebagai satu fenomena penting dalam sains yang belum dipinggirkan. Faktor iman dan kerohanian, penemuan sains oleh ahli sains membuatkan mereka mempunyai iman yang kuat dan kental. Sebagai contohnya Teori Bing Bang suatu ketika dahulu tidak pernah meletakkan ruang untuk peranan Pencipta. Namun kini, teori yang sama membawa sebahagian daripada saintis kepada satu kesimpulan bahawa di belakang penciptaan semesta ada Pencipta Yang Agung dan tujuannya. Evolusi, kata sebahagian saintis-teologi mengemukakan bukti sains menunjukkan kebenaran dan keagungan Tuhan Sebagai Pencipta. Tuhan sebagai punca kewujudan telah diberikan perhatian oleh para saintis moden. Beberapa penulisan sains moden ini seperti : 1. Why God Won’t Go Away : Brain Science and the Biology of Belief (2002) 2. God and The New Physics (1984) 3. The Mind of God : The Scientific Basis for a Rational World (1993) 4. The God : Part of Brain (2001) 5. Where God Lives in The Human Brain(2001) Semua penyelidikan, kajian dan buku ini merupakan perhatian tentang Tuhan yang diberikan oleh sebahagian sainstis moden. Sekumpulan ahli teologi (ahli agama) yang menghormati sains dan sekumpulan ilmuan (saintis) yang tidak meminggirkan agama, kemudiaannya menubuhkan sebuah lembaga atau institusi berautoriti yang berusaha untuk menyatukan kedua-duanya. Pelbagai seminar, diskusi, wacana dan persidangan tentang pertemuan antara sains dan agama kemudiannya banyak diadakan di seluruh pelusuk dunia. Persidangan sains dan agama yang dijalankan ini juga memperlihatkan dengan jelas betapa perlunya kesepaduan ilmu sebagaimana yang disarankan dalam ajaran Islam. Kesepaduan ilmu ini bagi menjamin kesejahteraan bukannya hanya terhadap manusia bahkan terhadap alam semesta seluruhnya. Apa yang diharapkan dari perkembangan ini ialah sains sentiasa berdampingan dengan agama dan menganggap agama sebagai saudara kembarnya. Dengan itu agama bukan lagi menjadi teman konfrantasi sepertimana yang berlaku sebelum ini (Dr Ramli Awang,2003 : 7-. Dalam konteks Malaysia juga , Pernyataan cabaran ke-6 Wawasan 2020 memperlihatkan bahawa penggunaan sains dan teknologi adalah untuk pembangunan ekonomi dan pembangunan tamadunnya Seorang ahli saraf Austria, Wolf Singer pada tahun 1990-an telah menemukan adanya jaringan saraf yang secara literal mengikat pengalaman kita secara bersama untuk hidup lebih bermakna. Selain itu,Michael Persinger,juga seorang ahli saraf, yang melakukan kajian pada tahun yang sama, menemukan suatu wilayah yang ditenggarai sebagai spiritual center yang terletak di antara jaringan saraf dan otak. VS Ramchandran dan pasukannya dari California University pada tahun 1997 memutakhirkan temuan ini dengan menyebutnya sebagai eksistensi God Spot dalam jaringan otak manusia. Menurut mereka, God Spot inilah yang berperanan memberikan signal dari otak kepada bagian – bagian tubuh manusia lainnya untuk selalu mengambil sikap yang cenderung kepada kebaikan. Signal ini dalam bahasa kita biasanya disebut sebagai suara hati. Eksperimen dilanjutkan dengan memeriksa gelombang otak penderita ketika saat mereka mengalami gangguan, dengan memasang sensor di bagian dahi dan memonitornya melalui layar komputer. Di sana para ahli tersebut menemukan bahwa pada saat itu muncul pancaran gelombang yang kuat dari satu titik di temporal bagian otak yang berada persis di belakang tulang dahi. Penyelidikan diteruskan pada sejumlah sukarelawan yang sehat dan ketika mereka khusyuk dalam renungan tentang Tuhan dan hal-hal yang berkaitan dengan-Nya, para ahli tersebut menemukan pancaran titik yang sama.Hal ini merupakan salah satu bukti bahwa fitrah naluri keberagamaan dalam diri setiap insan. Sekarang yang menjadi permasalahan adalah kepada siapa seharusnya diri setiap insan ini berserah, tunduk dan pasrah sebagaimana tuntutan fitrahnya ? Jawapannya firman Allah dalam Surah al –Rum ayat 30 yang bermaksud : ”Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Sumber : Diambil dari buku Menyingkat Tabir Illahi Karangan M. Quraish Shihab)
• Salah faham dan dakwaan bahawa kursus ini menerapkan fahaman sesat Wahdatul Wujud sebagai kesudahannya . Dakwaan Dr Juanda ini sama sekali tidak benar dan cuba membuat andaian keliru kerana kursus motivasi ini memegang teguh kepada Tauhid, Rukun Iman dan Rukun Islam.Kursus ini atau pengasasnya tidak pernah mengajarkan fahaman ittihad, bersatu dan menyatu dengan Allah. Pengisian kursus ini menyampaikan ilmu tentang kecenderungan manusia untuk merindui, mencari dan mendekatkan diri kepada Allah melalui sifat kasih sayang, jujur, adil, disiplin, tanggungjawab dan sebagainya adalah sebuah fitrah manusia. Dan ini bukti bahawa ada perjanjian manusia dengan PenciptaNya dalam al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Kemudian Dia Menyempurnakan dan Meniupkan ke dalamnya roh (Ciptaan)Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur” Sememangnya untuk menghayati Islam, seorang hamba Allah perlu duduk lama dengan ulama yang berautoriti dan diyakini thiqahnya, seraya menadah ilmu dengan sabar, banyak bertanya, mengamalkan apa dihayati dan mencari ketenangan hati dengan banyak membaca, bermuzakarah dan berdiskusi ilmu syarak. Pengasas kursus ini juga menggalakkan peserta untuk mendalami ilmu Allah yang tersebar dengan luasnya di luar samada secara formal atau tidak formal mendalami dan mempelajari ilmu Tauhid, Syariah dan Akhlak daripada ustaz dan ustazah serta pihak agama yang berautoriti supaya tidak menimbulkan salah faham dan penyelewengan yang boleh menyesatkan. Peserta-peserta juga meletakkan keutamaan tinggi untuk belajar Islam di samping komitmen keduniaan yang dijalani setiap hari. Jika untuk ilmu dunia manusia sanggup membelanjakan segala harta, masa dan nilai hidupnya, dalam ehwal untuk agama yang menjadi tunjang hidup dunia dan akhirat mereka juga mahu berusaha lebih kuat melalui ibadah solat, berpuasa, menunaikan zakat dan menuanaikan haji jika berkemampuan. Untuk makluman semua ini semua adalah sebuah kursus motivasi sahaja yang selama 3 hari ini. Selama 3 hari inilah peserta hanya diajarkan NILAI-NILAI ASAS SAHAJA berkaitan mengenal Allah, mengenal Islam dan mengenal Iman. Selebihnya ialah pengasasnya dan para trainernya menggalakkan peserta itu mencari akan makna hidup yang selebihnya kepada para ulama, ustaz-ustazah atau pihak agama yang berautoriti. Pengisisan dan silibusnya tidak lebih dari sebuah institusi pengajian yang bertaraf kolej atau universiti. Salah Faham Teknologi Terkini Teknologi terbaru yang terkini, hebat, menghiburkan, penuh unsur falsafah tidak mengelirukan, MALAH menimbulkan lagi keyakinan akan keagungan Allah. Justeru kaedah DAKWAH melalui TEKNOLOGI TERKINI seperti tayangan Visual itu lebih kepada untuk memudahkan penyampaian ilmu yang digunakan di dalam kursus motivasi kepimpinan ini seharusnya tidak menjadi persoalan. Umat Islam hari ini sudah maju, oleh itu penggunaan teknologi ini sesuai digunakan bagi manfaat bersama. Teknologi ini bukannya ciptaan Barat, malah ini semuanya adalah ilmu Allah untuk manusia renungkan dan fikirkan betapa agungnya penciptaanNya. Ini semua adalah ciptaan Allah untuk manusia menggunakan dan berfikir tentang keagungannya melalui teknologi dan maklumat saintifik, kalau tidak manakan pula Malaysia Boleh lahirkan ramai golongan saintis dan angkasawan yang berjaya dalam hidup dan kerjaya hari ini dengan menerapkan nilai keseimbangannya antara duniawi dan ukhrawi. Proses Islamisasi masyarakat Melayu dapat dilakukan melalui dakwah-dakwah umum ataupun khusus seperti dakwah fardhiah (dakwah perseorangan) , ataupun usrah-usrah, tarbiah atau kursus kefahaman Islam, majlis taklim, majlis fardu ain, penyebaran risalah Islamiah, akhbar, majalah buku, video atau televisyen yang digunakan untuk memahamkan masyarakat kepada ISLAM. Malah banyak lagi cara lain yang dapat dilakukan untuk mengislamisasikan masyarakat mengikyt kemampuan dan perkembangan pemikiran mereka. Ini dikatakan perlunya ada perubahan dan methodologi baru dalam konteks dakwah bil hal (dengan contoh) dan bil lisan dalam membangunakan sumber manusia dalam organisasi pada masa ini. Untuk mengajak manusia menghayati keagungan Allah dan mensyukuri nikmat sebagai manusia dan pemimpin dalam keluarga, organisasi dan masyarakat. Kursus kepimpinan ESQ ini juga mendidik agar kita menggunakan sebaiknya anugerah pancaindera kurniaan Allah. Di samping bersyukur atas segala nikmat yang diberikan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah penambahbaikan segala aspek hidup. Peserta juga dapat bermuhasabah dalam membangunkankan sahsiah diri. Di samping membangunkan minda dan jiwa, dan membongkar kelemahan diri dan menampung kekuatan dalaman diri untuk menghadapi segala mehnah, tribulasi dan ancaman luar yang mengugat akal, minda dan jiwa umat islam hari ini. Sememangnya Sahabat Baginda SAW dan golongan salafus saleh bersabar mencari Islam melalui bacaan dan tadabbur ribuan ayat al-Quran serta jutaan hadis yang mesti dikaji, dihayati dan diamalkan. TETAPI kursus motivasi kepimpinan ini hanyalah sebuah metodologi dakwah yang disesuaikan dalam konteks semasa untuk menarik manusia dan generasi muda untuk mendekati Maha Pencipta iaitu Allah SWT . Ianya bersifat kursus motivasi sahaja yang cuba memberikan pendedahan dan kefahaman asas untuk mendalami lagi ilmu Allah daripada golongan ulama, ilmuan dan daei yang mempunyai autoriti. Prinsip utama dakwah kursus ini ialah seruan ke jalan Allah dengan segala kebijaksanaan dan tanpa paksaan. Satu kebijaksanaan yang tidak dapat diketepikan ialah mengetahui sistem kebudayaan, susunan masyarakat, kepercayaan, alam sekitar, ekonomi dan sebagainya bagi kelompok yang mahu didekati. Sementara intisari dakwah (mauduk) dakwah Islamiah dalam Kursus Motivasi Kepimpinan ini ialah menyeru kepada kebenaran dan kekembalian kepada ajaran Islam, namun apa yang benar pada mata kita belum nampak benar pada mata orang lain. Kebenaran tidak muncul begitu sahaja tanpa perbandingan yang nyata dan jelas di antara dua sistem pemikiran. Untuk dapat melakukan perbandingan maka amat perlu mengetahui apa yang difikirkan oleh orang lain termasuk orang Barat sehingga keduanya perkara tersebut dapat diperbaiki lagi berlandaskan kebenaran Al Quran yang dapat menolak segala fahaman salah orang Kufar. Itulah USLUB DAKWAH YANG DIGUNAKAN dalam kursus motivasi dengan mengambilkira secara hikmah dan beradab bagi mengikuti jalan sunnah Rasulullah SAW boleh merungkai kekusutan jiwa seorang hamba Allah. Jika ALLAH diperkenalkan kepada manusia sebagai yang Pengasih dan Penyayang, maka manusia yang memperkenalkan Ketuhanan wajar lebih pengasih dan penyayang. Selepas itu kembalikan kepada Allah untuk membuka hati mereka. Nasihat saya kita jangan mudah berprasangka negatif terhadap KURSUS MOTIVASI KEPIMPINAN ini, kerana inilah yang akan menggugat kelemahan umat Islam hari ini. Berilah penilaian yang ikhlas dan luhur untuk mengembangkan AGAMA ISLAM. Malahan inilah belenggu-belenggu diri yang cuba menyelimuti mata hati yang sepatutnya telah dicairkan. Bangunkanlah diri dengan menghayati Asmaul Husna iaitu 99 nama Allah untuk menyucikan jiwa, hati dan minda. Alam ini adalah ciptaan Allah dan Allah jua adalah pemilik Asmaul Husna. Saya seru semua kita dari pelbagai latarbelakang pendidikan agamanya, sains, pengurusan, komunikasi, teknologi dan sains sosial ini bersatu hati demi pengukuhan akidah dan benteng keimanan kita terhadap penghayatan nilai ISLAM seperti yang dianjurkan dalam kursus ini dan kursus motivasi yang lainnya ke arah nilai makruf. Jadikan hidup ini umpama bunga sakura (cherry blossom) yang pendek umurnya tetapi cantik dan wangi. Diharapkan juga minda dan hati akan menjadi seperti berlian yang kuat, jernih dan teguh bercahaya. Memetik kata-kata Ibnu Khaldun ‘kekuatan tamadun boleh dikembalikan dengan cara menampung apa-apa yang retak, menukar apa yang buruk dan sebagainya sehingga kebangkitan semula assabiyah Islam berada di mercu keunggulan’. Mudah-mudahan kursus motivasi kepimpinan ini dapat memberikan satu kekuatan dan wahdah kepada kita menjadi khaira ummah yang menjadikan Iman, Islam dan Ihsan berpandukan Al-Quran dan Al Sunnah secara holistik dan hikmah. Fikir dan renungkan firman Allah Surah Al Haj ayat 46 yang bermaksud : “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara dimuka bumi, supaya dengan melihat kesannya yang tersebut akan tergerak hati mereka untuk memahaminya atau telinga yang dengannuya mereka dapat mendengar ? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata yang buta tetapi yang buta itu ialah hati yang ada di dalam dadanya” ( Surah Al Haj ayat 46 ) Akhir kalam, ESQ adalah kursus motivasi atau Latihan pengurusan yang menggabungkan IQ, EQ, SQ (Akal (otak), perasaan(hati) dan rohani). Di dalam bidang pengurusan semasa hari ini, kita mengendalikan 6 M (Man, Machine, Material, Money, Market, Method). Apabila kita menguruskan sumber manusia (Man), kita perlu mempunyai asas yang kukuh yang perlu berpaksikan kepada agama Islam yang kukuh. ESQ 165 menggunakan Ihsan, Iman dan Islam sebagai Method atau pendekatan yang dapat membina karektor (modal insan) sebagaimana jaran Nabi Muhammad SAW sebagai role model yang terbaik sepanjang zaman. ESQ ingin membawa Iman, Islam dan Ihsan kedalam ilmu Human Resources dan Management yang selama ini hanya dikuasai oleh Barat. Justeru ESQ ini ingin mematahkan method atau pendekatan konsep Barat dan Kristian seperti Asia Works, Stephen Covey, Robert T. Kiyosaki, Dale Carniegie, Edward DeBono dan lain-lain lagi yang sebenarnya TIDAK dengan akidah Islam. ESQ adalah latihan sumber manusia dengan pendekatan spiritual melalui rujukan ilmu Pengurusan Moden, Psikologi, Sains, Motivasi. Dasar Utama daripada alatihan ini adalah merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Ianya bersaing dengan model-model pengurusan Barat yang tidak menerapkan nilai agama dalam kehidupan. ESQ saya melihatkan ianya begitu komited di dalam mengangkat dan menobatkan Model Pembentukan Karektor Manusia sebagai Role Model Yang Terbaik berlandaskan Ihsan, Iman dan Islam serta Akidah, Syariah dan Akhlak yang holistik dan penuh hikmah. Inilah ESQ 165 merupakan usaha-usaha Tauhid yang murni berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang cuba di bawa dan diketengahkan dalam dunia HR dan Management semasa bagi melawan serangan pemikiran kapitalisme dan materalisme oleh Barat. Kursus ini mengajarkan bahawa hidayah adalah milik Allah SWT dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kursus ESQ INI TIDAK PERNAH mengajarkan supaya taksud kepada Ary Ginanjar, Trainer atau ESQ. TETAPI ESQ mengajarkan supaya kita sentiasa bersyukur pada Allah SWT dan berselawat pada Nabi Muhammad saw sebagai ungkapan syukur atas hidayah dan petunjuk dari Allah. Mudah-mudahan Ihsan, Iman dan Islam yang telah diakui oleh semua ulamak dan merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah ini menjadi modal utama yang digunakan oleh kursus ini untuk memasuki dunia Human Resources dan Management. Kepada Dr Juanda saya memohon seribu kemaafan jika saya terpaksa memberikan pandangan balas ini kepada anda. Ilmu saya mungkin tidak cukup untuk berhujah dengan anda yang kini anda bertugas sebagai seorang yang telah diberikan amanah Allah sebagai Mufti yang tinggi taraf dan kelayakan ilmunya. Anggaplah ini perbincangan ilmiah semata-mata kerana MENEGAKKAN agama ALLAH dan sunnah Nabi sebagai rahmatan lil alamin. Mudah-mudahan KURSUS ESQ ini juga akan ada penambahbaikan dan perubahan terhadap MODUL dan cara penyampaian yang digunakan untuk manfaat bersama dengan kerjasama JAKIM dan pihak agama yang berautoriti demi kebaikan semua pihak yang telah mengikuti dan akan mengikutinya pada masa akan datang. Seperti menarik rambut dalam tepong – rambut tak putus dan tepong tidak berselerak. Insya Allah. Apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk @ lemah itu datang dari kelemahan diri saya. Mudah-mudahan ALLAH memberkati usaha kita semua.

Disediakan oleh:
Mahadi Abu Hassan
Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Kemanusiaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka @ Pelajar Doktor Falsafah Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya