Hurairah

Hurairah

Rabu, 22 April 2009

"Bertaqwalah Pada Allah"

22 April 2009 ; Pesanan Seorang Dai'e

Assalamualaikum w.b.t..
oleh kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan di sekolah, saya menghadapi masalah kekurangan masa... bila berbicara tentang masa dan tanggungjawab, teringat akan kata-kata as-syahid imam hassan al-banna yang mengatakan bahawa tanggungjawab yang kita pikul adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada.
walau apapun, saya mengambil sedikit masa untuk istiqamah dalam penulisan blog pada kali ini..
pada kali ini ingin saya berkongsi peristiwa siang hari tadi yang mana ada pelajar india datang berjumpa dan mengadu pada saya bahawa dia dihina oleh orang melayu yang membangkitkan persoalan perkauman...
jadi, pesan dan nasihat saya kepada semua orang supaya jangan bangkitkan soal perkauaman.. kerana perkauman tiada nilai apa-apa disisi Allah. yang Allah nilai ialah ketaqwaan manusia itu kepada Allah.. tidak kiralah sama ada melayu, cina dan india... kalau bertaqwa kepada Allah, dia tetap mulia.
Selain dari menimbulkan rasa tidak senang bangsa lain, dakwah islam jiga akan turut terjejas sekiranya dibangkitkan soal perkauman.. ini akan menyebabkan persepsi yang tidak baik dari agama dan bangsa-bangsa lain kepada agama Islam dan kaum Melayu..
Jadi, akhir kata dari saya yang tidak seberapa ini.. saya akhiri dengan assalamualaikum w.b.t...

Isnin, 20 April 2009

Al-Misbah 2 : Kenapa pengarang mengarang?

Kemudian menyuruh akan daku pula menghuraikan segala hukum syarak dan hukum adat dan hukum akal dan ilmu usuluddin[1] mengikut aturan ahli sunnah wal-jamaah dengan huraian yang terang yang sangat mudah memahami akan dia[2], lagi mudah bicaranya[3] dan sederhana ibaratnya[4] dan cakapannya[5] serta mendatang pula[6] dalil yang naqli[7] dan aqli[8].
Maka, dengan tuntutan itu
[9] maka aku pun memikirkan dan merenung berbulan-bulan masanya[10], tiba-tiba diilhamkan akan daku oleh Allah S.W.T[11] bahawasanya tuntutan kawan-kawanku itu adalah satu perkara yang baik yang tak patut bagiku menolak akan tuntutan itu kerana mereka itu sangat baik dengan daku. Maka aku pun terimalah tuntutan itu walau aku bukan dari ahlinya[12].

Nota Kaki :


[1] Ilmu usuluddin dikenali juga sebagai ilmu akidah, ilmu tauhid. Didalam islam terdapat 3 pembahagian utama iaitu usuluddin, furu’uddin dan ihsanuddin. Pandangan yang mengatakan ilmu usuluddin adalah ilmu yang tertinggi adalah salah, kerana dengan ilmu usuluddin inilah kita mengesahkan iman kita kepada Allah. Sekiranya tidak sah iman disisi Allah, maka masih belum dikira orang yang beriman lagi.(rujuk Tuan Guru Haji Abd.Hamid al-Fathoni)
[2] Sangat mudah untuk memahami perkara-perkara yang diterangkan tadi (Islam, Iman, Ihsan dan Hukum syarak, hukum akal, hukum adat, dan hukum wad’ie.
[3] Mudah untuk memahami ilmu tadi.
[4] Menggunakan perumpamaan yang sederhana supaya setiap lapisan masyarakat dapat memahami.
[5] Bahasa yang senang dan mudah difahami.
[6] Mengutarakan, mengetengahkan bukti.
[7] Dalil yang merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.
[8] Dalil yang dapat dibuktikan dengan pemikiran akal fikiran.
[9] Tuntutan kawan-kawannya, dan murid-muridnya yang tadi, yang meminta supaya dirinya menerangkan tentang 7 perkara tadi.
[10] Mengambil masa berbulan-bulan untuk memikirkan, mempertimbangkan permintaan kawan-kawannya untuk menulis sebuah kitab untuk menerangkan 7 perkara tersebut.
[11] Tiba-tiba Allah mengilhamkan, memberi idea.
[12] Musannif merendah diri dengan tidak mengakui bahawa dirinya merupakan ahli dalam bidang usuluddin.

Ahad, 19 April 2009

Al-Misbah 1



Risalatu Al-Misbahu Al-Muniri Fi Ma’rifatilLahil Qadiri…
(risalah ini diberi nama lampu yang menerangi untuk mengenal
ALLAH s.w.t yang Maha Berkuasa.)

Ku mulai kitab ini dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

MUQADDIMAH
Puji-pujian itu bagi Allah bagi Allah yang menyuruh akan kita mengenal akan Dia (mengenal Allah) dan mentauhidkan Dia (Allah). Dan Rahmat, dan kesejahteraan keatas penghulu kita nabi Muhammad S.A.W yang melantik akan dia oleh Allah ta’ala dengan menjadi Nabi-Nya dan menjadi Rasul-Nya.

Dan keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang bersungguh-sungguh mereka itu dengan menzahirkan yang sebenar dan meninggikan ugamanya.

Waba’du. Adapun kemudian daripada itu, maka menuntuti akan daku oleh setengah-setengah daripada kawan-kawanku, bahawa aku, tulis baginya satu risalah pada menyatakan ugama dan memperkenalkan akan Islam, kemudian menyatakan pula akan segala rukun-rukun Islam dan rukun Iman dan Ihsan.

Sabtu, 18 April 2009

"Dia" Tanpa dia, Siapa Kita...


Hanya tulang empat kerat yang Allah berikan padanya,
dia mampu menjadikan anak-anaknya seorang hamba Allah..
terima kasih "mek", kerana membesarkan dan
mendidik kami..
kami telah banyak menyusahkan mek,
mek pernah tersungkur rebah dihutan belantara,
semata-mata untuk membahagiakan kami..
dan kepada "bakal isteriku".. aku harapkan,
jadilah seorang ibu kepada anak-anakku seperti mek menjaga,
mendidik aku....
mek, ore saye mek..

Bila Berbicara... Positifkan.

Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-Layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-Rinduan....

Jumaat, 17 April 2009

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Bismillahirrahmanirrahim....
Pertamanya, bersyukur kepada Allah Rabbul Izzati, yang pada-Nya teletak segala sifat-sifat kesempurnaan yang tidak berupaya dihitung oleh makhluk-makhluknya.

Keduanya, Tujuan laman ini diterbitkan adalah untuk sama-sama berkongsi fikiran, dan menjadikan ia satu yang bermanfaat kepada semua pembaca. moga-moga dengan ini kita dapat mengenal diri kita seterusnya mendekatkan lagi diri kepada Yang Maha Pencipta.

Akhir kalam, untuk kali ini. merupakan perkenalan, insya-Allah...jika ada ruang dan peluang, ana akan penuhi ruangan ini untuk berkongsi maklumat dan medan renungan diri. moga dengan renungan ini, biarlah akhlak yang menjadi bicara.

wassalam..

ASSALAMUALAIKUM